Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Sabtu, 26 Mei 2012

PRODUK BARU DI PENGGAL KE 2 TAHUN 2012


Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga Afizar SB



Body Roll-On dan Body Spray Serai Wangi Afizar SB

Selamat bersua kembali..
Sudah lama saya tak berkunjung ke blogspot ni. Memandangkan kesibukan yang teramat dalam usaha untuk mempromosikan produk dan menghasilkan produk-produk baru.

Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan ini, kami telah menghasilkan 3 lagi produk baru iaitu, Semburan Badan Serai Wangi Afizar SB, Body Roll-On Serai Wangi Afizar SB dan Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga Afizar SB.
Semburan Badan dan Body Roll-On tercipta atas permintaan pelanggan kami yang berbangsa cina yang mahu menggunakan produk ini kepada anak-anak mereka apabila mereka melakukan aktiviti luar rumah. Dengan semburan atau olesan di kulit badan yang terdedah, akan menghindarkan gigitan nyamuk atau serangga berbisa dan yang lebih utama formulasi semburan Body Spray dan Body Roll-On amat lembut kepada kulit badan malah mampu memelihara kulit. Diperkaya dengan ekstrak serai wangi, aloe vera, shea butter dan Tea Tree untuk memberikan kulit yang lembut dan menawan.

Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga pula dilahirkan atas permintaan pelanggan-pelanggan yang mahukan produk yang mampu menghilangkan jeragat, noda hitam dan tona wajah yang tidak sekata. Dengan ekstrak pegaga asli, serai wangi, ekstrak aloe vera, Tea Tree akan mengatasi masalah jeragat dan tanda kesan jerawat dapat diselesaikan dengan baik. 

Sabtu, 5 Mei 2012

PENJELAJAHAN PERTAMA KE NEGERI PAHANG

Buat pertama kalinya, pada 3-6 Mei 2011, kami mengikuti penjelajahan Karnival SUKMA Pahang yg bertempat di Dataran Lipis Pahang. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Rabu, 28 Mac 2012

Suku Pertama Afizar SB Enterprise MAC 2012

Suku pertama penggal 2012 hampir melabuhkan tirai dan akan bermula suku kedua pada April ini. Alhamdulillah, pelbagai aktiviti bermula dengan rancak semenjak Ekspo Perdagangan Islam sempena Maulidur Rasul tahun ini, diikuti dengan Produk Malaysia Citarasa Kita, Karnival Pendidikan Mara dan Hot Balloon Fiesta. Dari hari ke hari, kami semakin komited untuk menaiktaraf dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan - pelanggan setia produk kami.

Pada masa yang sama, pelbagai perubahan telah kami lakukan juga dalam  mengemaskini perlabelan dan pengiklanan. Antara perubahan yang telah dilakukan adalah:

1) Label baru bagi setiap produk Cecair Pencuci Serbaguna Serai Wangi Afizar SB
  
Pati Cecair Pencuci Serbaguna  Serai Wangi Afizar SB - 1 liter


2) Label baru bagi produk Minyak Herba Serai Wangi Afizar SB 

3) Flyer Afizar SB Enterprise


3) Kad Niaga Afizar SB Enterprise



Syukur alhamdulillah..


Rabu, 29 Februari 2012

Sabun Berubat Herba


Alhamdulillah setelah berada di pasaran melebihi 6 bulan, Sabun Berubat Herba Serai Wangi Afizar SB kini telah mempunyai pengguna setia. Sabun ini yang diperkaya dengan Serai Wangi, Minyak Zaiton dan Peppermint disamping mengandungi ekstrak Mentimun dan Aloe Vera.
Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit walaupun pengkhususannya adalah kepada masalah kulit berminyak,  berjerawat dan berpenyakit resdung, tetapi dengan kehadiran Minyak Zaiton, ekstrak Mentimun dan Aloe Vera dapat merawat kerosakan kulit dan seterusnya memberikan kelembutan, kelembapan dan keanjalan kepada kulit.

Jumaat, 17 Februari 2012

Ekspo Perdagangan Islam

Pada 3 - 5 Februari 2012 di Dataran Kompleks MAIM Melaka berlangsung Ekspo Perdagangan Islam dengan Kempen 1 Malaysia 1 Halal sempena Sambutan Maulidur Rasul.
Menyerikan majlis dengan kunjungan YB Datuk Yaakub Md Amin..



Kempen Produk Malaysia Citarasa Kita Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang

Kempen dibawah anjuran KPDNKK dan AEON yang berlangsung di ruang legar Jusco Bukit Tinggi Klang dari 9 - 19 Februari 2012.























Selasa, 3 Januari 2012

Selamat tahun baru 2012

Salam sejahtera dan selamat tahun baru 2012.
Alhamdulillah azam tahun 2011 kami terlaksana juga dengan siapnya KIOSK ASBE di No. 39A, Jalan KF 3, Kompleks Kota Fesyen, MITC, Melaka terletak diantara Kedai Perabot Mutiara Jati MITC dan Kedai Kain AKITA Textile. Sila lihat pada peta di bawah.
Lokasi yang mudah, terletak di laluan utama Tol Ayer Keroh ke Bandar Melaka untuk memudahkan pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan produk. Untuk pelanggan yang tinggal di luar Melaka, kami juga ada menyediakan khidmat penghantaran 'COURIER' dan pembelian RM100.00 ke atas, tiada servis penghantaran dikenakan.
Kepada yang berminat untuk menjadi wakil jualan, banyak tawaran kami sediakan dan kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda, memandangkan produk ASBE sekarang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.
Semoga tahun 2012 akan memberikan kesejahteraan dan kejayaan besar buat kita semua.