Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Sabtu, 26 Mei 2012

PRODUK BARU DI PENGGAL KE 2 TAHUN 2012


Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga Afizar SB



Body Roll-On dan Body Spray Serai Wangi Afizar SB

Selamat bersua kembali..
Sudah lama saya tak berkunjung ke blogspot ni. Memandangkan kesibukan yang teramat dalam usaha untuk mempromosikan produk dan menghasilkan produk-produk baru.

Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan ini, kami telah menghasilkan 3 lagi produk baru iaitu, Semburan Badan Serai Wangi Afizar SB, Body Roll-On Serai Wangi Afizar SB dan Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga Afizar SB.
Semburan Badan dan Body Roll-On tercipta atas permintaan pelanggan kami yang berbangsa cina yang mahu menggunakan produk ini kepada anak-anak mereka apabila mereka melakukan aktiviti luar rumah. Dengan semburan atau olesan di kulit badan yang terdedah, akan menghindarkan gigitan nyamuk atau serangga berbisa dan yang lebih utama formulasi semburan Body Spray dan Body Roll-On amat lembut kepada kulit badan malah mampu memelihara kulit. Diperkaya dengan ekstrak serai wangi, aloe vera, shea butter dan Tea Tree untuk memberikan kulit yang lembut dan menawan.

Sabun Berubat Herba Serai Wangi Pegaga pula dilahirkan atas permintaan pelanggan-pelanggan yang mahukan produk yang mampu menghilangkan jeragat, noda hitam dan tona wajah yang tidak sekata. Dengan ekstrak pegaga asli, serai wangi, ekstrak aloe vera, Tea Tree akan mengatasi masalah jeragat dan tanda kesan jerawat dapat diselesaikan dengan baik. 

Sabtu, 5 Mei 2012

PENJELAJAHAN PERTAMA KE NEGERI PAHANG

Buat pertama kalinya, pada 3-6 Mei 2011, kami mengikuti penjelajahan Karnival SUKMA Pahang yg bertempat di Dataran Lipis Pahang. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan.