Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Ahad, 27 Januari 2013

Salam Isnin.

Salam Isnin. Semalam berakhir sudah Ekspo Perdagangan Islam di Kompleks MAIM di perkarangan Masjid Al Azhim. Sambutan baik dari pelanggan kami sangat kami hargai. Walaubagaimanapun, kami mohon maaf atas kesulitan anda utk mendapatkan produk kami kerana produk kami masih di dlm skop pengusaha kecil dan kami mementingkan kualiti dari kuantiti. Produk kami hanya ada disegelintir agen dan dlm kadar yg sedikit memandangkan kemampuan fizikal dan modal. Tetapi kami berbesar hati jika anda jgn segan silu utk menghubungi kami melalui telefon, facebook mahupun email kerana kami akan sedaya mampu memenuhi keperluan anda. Pembelian melalui pos atau courier akan kami lakukan kepada mereka yg tinggal di luar Negeri Melaka.

Di bawah ini adalah 5 produk tertinggi jualan pada ekspo Perdagangan Islam,



Sabun Kecantikan Wajah Herba Berubat dgn Aloe Vera dan Minyak Zaiton.. Yg ini pun habis terjual..


Set Cecair Pencuci Serbaguna terjual hampir 100 set..


Cube Repellent juga mendapat maklumbalas yang positif. Ulangan pembelian sgt menggalakkan.


Balsam Berubat Herba dan Minyak Herba Serai Wangi juga ada peminatnya sendiri..

Pelanggan setia tak berfikir panjang utk beli set ini..
Set ini hy dpt pd harga ini pada masa ekspo berlangsung sj.. Rm87 dgn harga promosi Rm50.
Maka, jgn fikir panjang, bila ada offer ni, kena beli. NILAI HEBAT dgn PRODUK HEBAT beli dgn TAWARAN HEBAT..
Wassalam..

Hari akhir di Ekspo Perdagangan Islam sempena Maulidur Rasul 2013





Alhamdulillah, berakhir sudah tugasan pertama kami di tahun baru 2013 Ekspo Perdagangan ISLAM sempena maulidur rasul peringkat negeri MELAKA. Sambutan dari para pengunjung amat menggalakkan. Repeat sale juga berlangsung dari pelanggan lama dan baru. Syukur alhamdulillah.

Sabtu, 26 Januari 2013

HARI KE 4 EKSPO PERDAGANGAN ISLAM PERINGKAT NEGERI MELAKA


Hari ke 4 kami di Ekspo Perdagangan Islam sempena Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Al Azhim Melaka.

Khamis, 24 Januari 2013

Ekspo Perdagangan Islam 2013

Hari ke 2 di Ekspo Perdagangan Islam di Perkarangan Masjid Al-Azhim. Alhamdulillah, jangkaan kami tepat sekali. Penyertaan kali ke 3 ini, masih tidak menghampakan kami. Seperti biasa, pengguna-pengguna produk kami akan teruja bila bertemu kami dan akan memberikan maklumbalas yang sangat positif. Persaingan produk pula semakin bertambah, tetapi kami sangat bersyukur kerana pengguna produk kami masih berpuashati dengan produk Serai Wangi Afizar SB.
Kami juga rasa lapanghati kerana promosi kami mengenai ekspo ini, membuatkan ramai rakan-rakan yang jauh ingin ikut serta. Ada dari Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan, dan maklumbalas mereka akan join lagi pada tahun hadapan. Syabas kepada Pusat Zakat Melaka kerana berjaya dalam penganjuran ini.












Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H / 2013M

Untuk pertama kalinya dalam tahun 2013 ini, kami beraksi semula di ekspo. Tugasan pertama ini di Ekspo Perdagangan Islam bersempena dengan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka 1434H / 2013M, bertempat di Perkarangan Masjid Al Azhim Melaka.
Bagi merealisasikan perancangan awal tahun ini agar berniaga dengan berhemah, kami berkongsi keuntungan dengan menyewa khemah sudut dan memberi peluang kepada rakaniaga2 untuk berkongsi tapak.. Maka dalam khemah kami ada serai wangi, ada madu borneo, ada herba tunjuk langit dan pewangi kereta. Semoga perkongsian ini memberi kesejahteraan kepada kami.

















Rabu, 16 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat berjumpa kembali.. seperti biasa mohon maaf kerana dah lama saya tak update blog ini.. Semenjak ada facebook, saya lebih suka berada di situ kerana lebih mudah berinteraksi tetapi saya faham, masih ada segelintir masih suka melayari blog.
Banyak aktiviti pada tahun 2012 yang saya ikuti dan telah saya jelajahi 1/3 dari Semenanjung Malaysia.
Untuk tahun 2013 ini, banyak juga agenda telah disusun. Anda boleh ikuti perkembangan saya di Facebook/Serai Wangi Afizar Sb, Facebook/All About Serai Wangi dan Facebook/Serai Wangi Afizar SB Enterprise..
Banyak perubahan telah dilakukan seperti menaiktaraf mutu dan pembungkusan, menghasilkan  produk baru dan ada juga beberapa produk lama yang telah kami hentikan pengeluarannya apabila ianya tiada permintaan ulangan ataupun mempunyai saingan lagi hebat. Almaklumlah, kami dari perusahaan mikro dan modal pusingan kami pun tidaklah besar mana. Kami bermula dengan modal sendiri sekitar RM500 dan dalam perjalanan ke tahun 4, kami merasa amat bangga kerana mempunyai pelanggan yang setia yang berpuashati dengan produk kami. Saya rakamkan beberapa foto produk dan penglibatan saya sepanjang 2012 buat tatapan anda.

Cecair Pencuci Serbaguna Serai Wangi Spray 500ml dan Pati 1000 ml.
Produk ini adalah produk teraju kami. Ianya selamat digunakan kerana dirumus dari bahan semulajadi yang, mesra alam dan tidak beracun. 
Herba serai wangi yang bersifat panas kepada serangga halus seperti semut, nyamuk, anai-anai dan lalat, mampu membunuh serangga tersebut apabila disembur terus kepada badan serangga. 
Bagi menjamin ianya tiada racun, apabila selepas beberapa jam semburan, jika semut lalu di permukaan yg disembur, semut tersebut tidak mudarat. 
Maka kami menghasilkan produk yang mampu menghindar serangga tetapi tidak memudarat kepada kehidupan manusia. 
Dengan berasaskan air, tiada kandungan aerosol, bagi menjamin produk ini mesra alam dan selamat.
Menjadikan produk kami dalam membantu kerja-kerja pembersihan, maka motto kami adalah
"KEBERSIHAN DIJAGA, KESIHATAN TERPELIHARA"


Cecair Pencuci Serbagun Serai Wangi spray 500 ml

Bedak Sejuk Berubat Herba Serai Wangi Plus Aloe Vera.
Sesuai untuk muka yang berjerawat dan resdung.

Body Spray Serai Wangi.
Semburan badan untuk mengelak gigitan nyamuk dan serangga. 
Sesuai disembur pada kulit bayi hingga dewasa.

Balsam Berubat Herba Serai Wangi.
Balsam / balm berubat, panas dan berangin untuk melegakan kesakitan pinggang, bahu, belikat, otot dan sendi, kelenguhan, kebengkakan akibat gigitan serangga, darah beku dll

Minyak Angin Haruman Terapi.
Berfungsi untuk melegakan sakit kepala, sakit tekak dan batuk, mengantuk dll
Mudah digunakan dan dibawa kemana-mana.

Set Pelangsing.
Sabun Mandi Herba untuk menguraikan lemak pada kulit dan melancarkan perjalanan darah.
Sabun Mandi Herba Rumpai Laut bagi menegangkan kulit agar tidak mengendur.
Krim Urut Herba 2 fungsi sebagai krim urutan dan krim sapuan pada bahagian badan yang berlemak.

Rangkaian sabun wajah dan badan.
Sabun Kecantikan Wajah Pegaga untuk masalah jeragat dan kulit wajah tak sekata.
Sabun Kecantikan Wajah Serai Wangi untuk masalah jerawat dan resdung.
Sabun Mandi Herba Pelangsing Rumpai Laut untuk menegangkan kulit badan.

Bedak Herba Berubat Serai Wangi untuk masalah kulit seperti kegatalan dan ruam.

Minyak Herba Serai Wangi (merah) panas dan berangin. 
Untuk kegunaan dewasa, melegakan masalah sakit urat dan otot, kelenguhan, kebengkakan dll.
Minyak Herba Kayu Putih Serai Wangi - untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.

Set Masalah Jerawat dan Resdung.
Bedak Sejuk Berubat untuk menyerap minyak yang berlebihan pada wajah, menyerap kekotoran pada liang roma, melembut dan merawat kulit dan melegakan kegatalan pada wajah akibat resdung.
Sabun Kecantikan Wajah Berubat Herba Serai Wangi bagi merawat jerawat, bekas luka jerawat dan resdung.

Rangkaian Produk Kecantikan.

Body Roll On dan Body Spray Repellent.
Disembur atau di oles pada kulit badan yang terbuka bagi mengelak gigitan serangga dan nyamuk.



Cube Repellent Serai Wangi
Produk ini paling laris dan telah diperbaiki setiap masa bagi memenuhi citarasa pelanggan.
Produk ini bertahan 3-8 bulan bergantung kepada lokasi, suhu dan persekitaran cube ini ditempatkan. Ianya selamat digunakan kerana tiada campuran kapur barus.

Jika berminat, sila hubungi, 017-6473630 (Afeid) / 0136509763 (Intan)