Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Isnin, 9 Disember 2013

Meniti hari-hari penghujung tahun 2013

Cube Repellent Gegat Aromaterapi

Produk Teranjak Keunggulan sepanjang tahun hingga mendapat tempahan perseorangan antara 600 hingga 2000 kiub setiap pembelian.. Syukur dan amat teruja.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Hanya tinggal 3 minggu sahaja, kita akan berada ditahun 2013. Walaupun matlamat kami utk menempatkan produk Serai Wangi Afizar SB ke dalam pasaraya seluruh Malaysia tidak kesampaian pada tahun ini, tetapi kami tetap bersyukur, atas sokongan pengguna-pengguna produk kami, produk Serai Wangi Afizar SB telah diurusniaga oleh pengguna-pengguna seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Jutaan penghargaan kepada pengguna-pengguna produk kami dari Sabah dan Sarawak, atas kepercayaan dan keyakinan, walaupun tak pernah bertemu muka, tetap mahu mencuba produk kami. Atas kepercayaan itu, kami beri jaminan utk sentiasa menaiktaraf dan menambahbaikan produk2 kami agar anda menikmati kepuasan menggunakan produk kami.
Seperti yang anda maklum atau kepada yang belum maklum, produk kami adalah berasaskan herba Serai Wangi, iaitu sejenis tumbuhan anugerah Ilahi kepada manusia sejagat utk memelihara kebersihan dan menjaga kesihatan dengan cara yang selamat dan murni. Kehebatan tumbuhan ini dalam menghindarkan kehadiran serangga spt semut,lalat,lipas hinggalah ke haiwan sebesar tikus dan memerang, telah diketahui sejak zaman dahulukala. Di Australia dan negara barat, penduduk di sana sangat mengenali produk ini secara alami dan sgt menghargai tumbuhan ini. Kajian barat juga mengatakan, aromaterapi Serai Wangi juga, mampu mempercepatkan denyutan jantung mengepam darah dengan lancar, mencerdaskan fikiran akibat aliran darah yg aktif dan memberikan semangat dan mengurangkan rasa lesu. 
Jadi, ketahuilah pelanggan-pelanggan kami, anda tidak perlu khuatir menggunakan produk kami secara berterusan. Alah membeli, menang memakai..
Untuk pengetahuan anda, seperti biasa, top 5 produk kami adalah seperti berikut,
1- Cube Repellent Gegat Aromaterapi
2-Spray Cecair Pencuci Serbaguna Serai Wangi
3-Pati Cecair Pencuci Serbaguna Serai Wangi
4-Minyak Herba Serai Wangi
5-Sabun Berubat Herba

Antara produk yg sentiasa mendapat jualan ulangan walaupun jualannya tak kebabooom..
1-Minyak Kayu Putih Serai Wangi
2-Balsam Berubat Herba
3-Spray Badan
4-Minyak Angin Harum Terapi
5-Sabun Mandi Herba

InsyaAllah, nantikan penampilan baru produk kami untuk tahun 2014..