Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Ahad, 26 Januari 2014

Minyak Herba Pendekar


Atas permintaan pelanggan-pelanggan, telah terhasillah produk terbaru Minyak Herba Pendekar. Lebih panas dan pijar bagi mereka yang suka dengan kepanasan. Sesuai untuk atlet-atlet dan pekerja berat dan kasar. Dengan ramuan herba asli serai wangi dan kelebihan winter green yang mampu meringankan rasa sakit otot dan kebengkakan pada tubuh akibat sukan, terseliuh, salah urat, urat kejang dan kebas.
Harga jualan RM 12.00 (sem) / RM 14.00 (S/S)


Minyak Angin Haruman Terapi

Minyak Angin Haruman Terapi telah berwajah baru dan dengan isian yang lebih dari sebelum. Telah dipertingkatkan dengan tambahan ramuan kayu manis dan lada hitam bagi meringankan masalah mual, loya, sakit tekak, batuk, sakit gigi, selsema, sakit kepala, migrain teruk, demam ringan, gigitan serangga dan mengatasi mengantuk. Dengan 6 pilihan wangian lembut iaitu lemon, lavender, strawbery, apple, peppermint dan geliga asli. Mudah dibawa kemana-mana dengan sapuan roll on.
Harga jualan RM 10.00 (sem) / RM 12.00 (S/S)


Sabtu, 25 Januari 2014

Minyak Herba Asli


Minyak Herba Asli dicipta khas untuk memudahkan proses urutan seluruh badan dan sangat sesuai untuk urutan pesakit angin ahmar/stroke dan lumpuh. Keaslian ramuan dari rumpun herba serai wangi dan minyak kelapa. Neutral, tidak panas, tidak berangin dan tidak pijar. Lembut dan licin. Menguraikan angin dalam badan, melawaskan angi dalam darah, melancarkan perjalanan darah, mengaktifkan saraf-saraf halus dan melembutkan kulit yang kering. Boleh juga disapu pada kulit kepala dan rambut untuk masalah kegatalan, kelemumur dan kutu kepala.
Harga jualan RM 10.00 (sem)/ RM 12.00 (S/S)


PRODUK TERBARU 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dan dengan rasa besar hati kami memperkenalkan produk baru yang telah pun berada di pasaran. Setiap keluaran produk mempunyai pengkhususan, keistimewaan, mengikut kesesuaian dan pilihan pengguna.

Balsam Herba Kayu Putih Serai Wangi



 Minyak Herba Asli


 Minyak Herba Pendekar
 


 Minyak Angin Haruman Terapi




Balsam Herba Kayu Putih Serai Wangi

Balsam Herba Kayu Putih Serai Wangi antara produk terbaru dari kami. Memandangkan Minyak Herba Kayu Putih Serai Wangi mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan luar Melaka, membuatkan kami hasilkan balsam ini agar tidak berisiko semasa dibuat penghantaran pos. Khasiat yang sama dengan Minyak Herba Kayu Putih Serai Wangi untuk membantu mengatasi masalah kembung perut pada bayi dan orang dewasa, mengatasi masalah anak-anak kencing malam, batuk, selsema, angin perut, sakit kepala dan gigitan serangga. Sangat sesuai untuk ďisapu pada dada, perut, tapak kaki bayi selepas mandi dan sebelum tidur. Sesuai juga untuk bayi yang mengidap G6PD.
Harga jualan RM 8.00 (sem) / RM 10.00 ( S/S)