Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Isnin, 18 Mac 2013

KARNIVAL HALAL KEDAH 2013

Salam hormat dan salam sejahtera.
Bertemu kembali dan kali ini kami ingin mencoretkan penyertaan kami di Karnival Halal Kedah 2013.
Berlangsung di C Mart Aman Jaya, Sungai Petani Kedah dari 14-16 Mac 2013 anjuran Jakim, Radio IKIM, Astro Hijrah dan surat khabar Kosmo telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Sambutan pelanggan dan warga dari sekitar Sungai Petani amat membanggakan kami. Yang amat membuat kami teruja, baru 1 hari kepulangan kami di Melaka, telah mendapat banyak panggilan telefon dari Alor Setar, Kulim, Seberang Perai, Gurun untuk mendapatkan produk kami lagi. In Shaa Allah, jika ada rezeki, diwaktu akan datang, pasti kami akan ke Negeri Jelapang Padi lagi..
Pada hari terakhir, berlaku kejadian yang tidak dijangka, apabila deretan kanopi FAMA telah diterbangkan angin. Mujur tiada berlaku kemalangan jiwa walaupun peniaga yang terbabit kerugian akibat barangan mereka rosak teruk akibat ditimpa hujan yang lebat.




















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan