Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Selasa, 26 November 2013

Sepanjang 4 tahun perjalanan Serai Wangi Afizar SB.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bulan November 2013 mencukupkan usia Serai Wangi Afizar SB ke tahun 4 pengoperasiannya.
Menjelang tahun ke 5 ini, kami merasa amat bertuah kerana mendapat kepercayaan dan sokongan pengguna-pengguna setia kami dan kami sangat mengharapkan kepercayaan dan sokongan ini berpanjangan.
Dari peningkatan nilai kualiti produk hingga penambahan kuantiti produk, kami berbangga dengan sokongan anda, kami berjanji akan terus menghasilkan produk-produk yang berkualiti, selamat dan mudah dan terus mengekalkan atau menaiktambah mutu bagi membalas budi anda yang terus menyokong kami.
Untuk pengguna-pengguna yang belum atau mahu mencuba produk kami, sangat kami alu-alukan.
Letak kepercayaan kepada kami kerana kami telah membantu ramai pengguna-pengguna setia kami
dalam menyelesaikan masalah mereka.
"Alah membeli menang memakai".. jgn banding harga produk kami dengan harga produk lambakan yang berada di pasaran kerana kami beri jaminan, produk eksklusif kami tidak setanding dengan lambakan..
Produk kami masih mengekalkan keaslian, tradisional, 100% handmade (tiada penggunaan mesin bancuhan), 100% pemprosesan dalam keadaan suci dan halal mengikut syariah islam.

Sebahagian dari rumpun-rumpun serai wangi yang kami tanam keliling rumah..
Sumber serai wangi untuk produk perusahaan Afizar SB Enterprise.

2 Set produk paling popular semasa promosi di ekspo-ekspo




















Bagi pelanggan baru, info dibawah ini diharapkan dapat memberikan penjelasan dan kefahaman kepada anda mengenai produk perusahaan Serai Wangi Afizar SB Enterprise.

PATI CECAIR PENCUCI SERBAGUNA

Muatan 1000 ml sebotol dan perlu dibancuh untuk digunakan. Untuk kegunaan mop lantai, tuangkan 1-3 tutup kedalam 1/2 baldi air dan disarankan untuk cucian terakhir dan tak perlu dibilas. Ianya bagi mengekalkan lapisan serai wangi dipermukaan lantai bagi mengurangkan masalah semut, lipas dan lalat. Untuk bancuhan spray serangga pula, utk botol spray 500ml, tuangkan pati ini 200ml atau 1/3 botol dan selebihnya penuhkan dgn air tapisan atau air paip. Sukatan tersebut adalah bancuhan yg sangat efektif utk semut, lalat, lipas yg apabila terkena semburan akan terus mati. Diingatkan, matinya serangga tersebut akibat kepanasan herba serai wangi, bukan kerana terdapat racun atau bahan berbahaya kpd serangga tersebut.
Kenapa dinamakan cecair pencuci serbaguna, kerana ianya juga efektif untuk dijadikan syampu jika anak2 anda mengalami masalah kutu dan boleh dibuat mandi rendaman jika anda atau anak anda mengalami ruam atau kegatalan. Tidak merengsa kulit jika terkena kulit tetapi akan terasa pedih jika terkena mata. Bilas dengan air segera jika terkena mata.
Harga jualan : RM 20.00 / 1000ml

 SPRAY CECAIR PENCUCI SERBAGUNA

Ianya sediaguna dgn bancuhan yang tepat untuk menyembur serangga seperti semut, lalat, lipas, pijat, kutu, anai-anai, lintah, pacat dll. Sangat sesuai disembur di atas meja makan sebelum setiap kali menghidang makanan kerana hidangan anda tidak akan dicemari dengan kehadiran semut, lalat, lipas dan bakteria-virus pembawa penyakit. Kami memilih penyembur grade A dan diimpot bagi memudahkan pengguna melaras untuk semburan halus atas permukaan bagi tujuan pencucian atau semburan tajam dan jauh untuk menembak cicak di dinding dan shiling rumah. Jangan terkejut.. anda akan rasai keseronokan menjadi penembak cicak profesional di rumah anda.. Cicak yang terkena tembakan tepat pada badannya, akan jatuh tetapi tidak mati segera. Oleh kerana cicak berdarah sejuk, cecair serai wangi yang terkena pada badannya akan menyebabkan ianya keluar ke longkang atau tempat sejuk dan akan mati juga kemudiannya. Untuk penjimatan, jika isiannya telah habis digunakan, anda boleh menuangkan 1/3 pati ke dalam botol ini dan penuhkan dengan air untuk diguna semula.
Harga jualan RM 14.00 / 500ml

CUBE REPELLENT SERAI WANGI

Produk ini berfungsi seperti ubat gegat (mothball). Ianya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak yang ada G6PD. Produk ini tak mengandungi kapur barus. Dihasilkan dari lilin dan pati serai wangi, jika di letakkan di dalam laci atau almari yang bertutup, ketahanannya hingga 9 bulan, semut, lipas, cicak, anai-anai dll tidak akan mendiami kabinet, laci dan almari anda. 
Untuk masalah tikus, anda letakkan sebiji di laluan atau pintu masuk binatang ini ke dalam rumah anda. Jika anda tahu dimana sarangnya. campakkan ke kawasan tersebut, maka ianya akan berpindah dari lokasi tersebut. Untuk dipersekitaran yang terdedah, seperti dalam bilik air, bawah perabut, atas lantai, ianya bertahan antara 3-6 bulan bergantung kepada haba persekitaran. Untuk masalah lipas, anda disyorkan untuk letak sebiji di atas setiap penutup lubang salur airbuangan di bilik air, tandas, singki kerana disitulah pintu masuk utama lipas.
Anda boleh letakkan didalam petisejuk untuk masalah bau dan di dalam kabinet makanan yang anda letak makanan, atau sisi bekas gula atau biskut, dalam laci atau kabinet yang anda simpan sudu garfu, pinggan mangkuk, album, fail-fail dan stor.
Anda juga boleh letakkan di bawah tilam 1-2 biji untuk menghapus dan mengelakkan pembiakan pijat.
Harga jualan RM 14.00 / 6 cube


SEMBURAN BADAN/BODY SPRAY

Produk ini disediakan untuk membantu pengguna yang selalu menghadapi masalah gigitan nyamuk atau serangga semasa tidur, melakukan aktiviti padang, berkhemah, berkelah, jungle tracking, memancing atau pun keluar berekreasi waktu malam. Semburkan dikulit yang terdedah, sapukan semburan ke serata kulit samada di muka, leher, tangan mahupun kaki. Sesuai untuk bayi hingga warga tua. Nyamuk yang berterbangan memang tak akan menyentuh apalagi menggigit tubuh anda. Mengandungi serai wangi dan tea tree juga mampu memelihara kulit anda dari jangkitan kuman.
Harga jualan RM 8.00 / 50ml

BALSAM BERUBAT HERBA

Balsam/balm ini dirumus dengan ramuan herba bermutu dan berkhasiat. Terdiri dari serai wangi, minyak kayu putih, peppermint oil, winter green sangat sesuai meredakan masalah lenguh-lenguh kaki dan lutut, masalah saraf seperti kebas dan sejuk, rheumatism, kebengkakan, sakit pinggang dan belikat, gigitan serangga, tegang ditengkuk dan bahu, masalah kegatalan dan kudis lama yang bernanah, bisul dan cagu. Tidak melekit dan mudah dibawa kemana-mana. Kepanasan herba serai wangi dan minyak kayu putih akan menyerap kelapisan kulit untuk melancarkan perjalanan darah, melawaskan angin yang tersekat di saluran darah, menghapuskan lemak pada lapisan kulit. Setelah beberapa minit, anda akan rasa sejuk dan nyaman dengan kedinginan peppermint oil. Tidak merengsa kulit dan tidak pedih pada kulit.
Harga jualan RM 8.00 / 20 gram


MINYAK HERBA SERAI WANGI

Rumusan dengan ramuan herba bermutu dan berkhasiat. Minyak Herba ini adalah sumber utama Balsam Berubat Herba. Terdiri dari serai wangi, minyak kayu putih, peppermint oil, winter green sangat sesuai meredakan masalah lenguh-lenguh kaki dan lutut, masalah saraf seperti kebas dan sejuk, rheumatism, kebengkakan, sakit pinggang dan belikat, gigitan serangga, tegang ditengkuk dan bahu, masalah kegatalan dan kudis lama yang bernanah, bisul dan cagu. Kepanasan herba serai wangi dan minyak kayu putih akan menyerap kelapisan kulit untuk melancarkan perjalanan darah, melawaskan angin yang tersekat di saluran darah, menghapuskan lemak pada lapisan kulit. 
Setelah beberapa minit, anda akan rasa sejuk dan nyaman dengan kedinginan peppermint oil. Panas dan dingin yang seimbang, tidak melekit, tidak merengsa kulit dan tidak pedih pada kulit.
Harga jualan RM 10.00 / 80ml



MINYAK HERBA KAYU PUTIH SERAI WANGI

Diperkaya dengan Eucalyptus, Serai Wangi dan Peppermint. Sesuai untuk bayi hingga warga tua untuk masalah kembung perut, semput, batuk, selesema, sakit kepala, kegatalan, kanak-kanak kencing malam dan gigitan serangga. 
Saya mendapat banyak maklumbalas dari pelanggan setia saya, masalah kembung perut dan anak-anak kencing malam dapat diatasi dengan baik. Cuma ada satu testimoni baru dari seorang pelanggan, produk ini dah membantunya mengeluarkan semut yang masuk dalam telinga adiknya. Beliau hanya menyapu diluar dan sekeliling telinga, dalam beberapa saat, semut tersebut keluar dengan sendiri.
Harga jualan RM 9.00 / 60ml

KRIM URUT HERBA SERAI WANGI

Krim Urutan Badan Herba Serai Wangi diadun dengan keharuman esktrak Serai Wangi bagi memudahkan dan melancarkan proses urutan badan. Sangat selesa untuk diguna kerana ianya tidak melekit dan meninggalkan bau harum sesudah digunakan. Dirumus dengan krim losyen yang lembut bersama Serai Wangi, Eucalyptus, winter green dan Peppermint Oil mampu menanggalkan sel kulit mati, melembutkan struktur kulit, menguraikan lemak tepu di bawah kulit terutama di lapisan dagu, perut, pinggul, peha dan lengan.
Harga Jualan : RM 26.00 / 100 gram 

KRIM LANGSING HERBA HALIA SERAI WANGI

Ramuan asli dan semulajadi dari herba halia, serai wangi, minyak kayu putih dan haruman grape. Membantu melawaskan angin badan dan perut. Waktu malam sebelum tidur, sapukan di perut, pinggul, peha, lengan bagi membakar lemak bawah kulit. Melegakan sakit otot, lenguh dan keregangan, melawaskan angin, melancarkan perjalanan darah, memanaskan badan (sesuai utk ibu lepas bersalin) dan melancarkan pembuangan air besar.
Harga jualan RM 28.00




MINYAK ANGIN HARUMAN TERAPI SERAI WANGI 

Minyak Angin Haruman Terapi dgn haruman Apple, Lemon dan Lavender. Mengandungi Serai Wangi, Minyak Kayu Putih, Minyak Kayu Manis, Peppermint. Sesuai utk meredakan sakit kepala, migrain, batuk, selsema, sakit gigi dan digigit serangga. Mudah dibawa kemana-mana. 
Harga jualan RM 10.00

BEDAK HERBA BERUBAT SERAI WANGI

Bedak Berubat Herba Serai Wangi dengan haruman minyak wangi berjenama sesuai untuk masalah ruam, kegatalan, badan berbau dan menyejukkan badan. Mengandungi pati serai wangi, peppermint dan tea tree oil. Sesuai digunakan kepada bayi hingga orang dewasa..

Harga jualan RM 8.00








KRIM RAWATAN KULIT SERAI WANGI

Krim rawatan ini dirumus dari bahan asli dan semulajadi. Mengandungi minyak zaitun, rumpai laut, beeswax, shea butter, tea tree oil dan ekstrak gamat.
Merawat kulit yang bermasalah, kering, berjeragat, kegatalan, ruam dan jerawat. Boleh diguna pada muka, kulit badan atau tempat yang bermasalah.
Harga jualan RM 14.00

SABUN BERUBAT HERBA SERAI WANGI KHAS UNTUK WAJAH

Sabun Berubat Herba Serai Wangi dengan Minyak Zaitun dan Aloe Vera sesuai untuk kulit wajah berminyak dan berjerawat. Cepat mengecutkan jerawat dan merawat kesan jerawat. Gunakan sekerap yang boleh kepada muka yang berjerawat dan disarankan menggunakan Bedak Sejuk Berubat Serai Wangi bagi kesan yang segera.
Harga jualan RM 14.00











Sabun Berubat Herba Serai Wangi dengan 100% Pegaga dan Aloe Vera pula dihasilkan untuk membantu mengurangkan kesan jeragat dan menyeratakan tona kulit tidak sekata pada wajah anda. Memberikan kelembapan dan menaikkan seri wajah anda. Tidak mengelupas dan sangat lembut pada wajah.
Harga jualan RM 14.00



BEDAK SEJUK BERUBAT SERAI WANGI ALOE VERA

Bedak sejuk berubat serai wangi ini dihasilkan dari Serai Wangi, Tea Tree Oil dan Aloe Vera. Mampu menyerap lebihan minyak pada muka, memberi kelembapan pada kulit wajah, mempercepatkan pengecutan jerawat dll
Harga jualan RM 16.00







SABUN MANDI HERBA SERAI WANGI KHAS UNTUK TUBUH






Sabun Mandi Herba dengan 9 jenis dedaun herba asli dan semulajadi terdiri dari serai wangi, serai, sireh, pandan, inai, daun pisang kelat, daun limau purut, daun bunga raya, daun senduduk, daun kunyit, halia dan kunyit. Sesuai untuk ibu lepas bersalin, mereka yang baru pulih sakit, dapat menghilangkan kegatalan, masalah bau badan, ruam dan sebagainya..
Harga jualan RM 14.00












SABUN PELANGSING HERBA SERAI WANGI

Sabun Pelangsing Herba Serai Wangi dengan Rumpai Laut menggalakkan penambahan kolagen tubuh, agar kulit lebih tegap, tidak menggeleber, merawat selulit, masalah kegatalan kulit dan bau badan.
Gunakan sekerap yang mungkin. Sewaktu mandi, basahkan air pada badan, sapukan di leher, lengan, perut, pinggul dan peha, gosok sambil usap kulit beberapa saat. Kemudian bilas badan hingga bersih.
Harga jualan RM 14.00









PENYEGAR UDARA HARUMAN TERAPI AFIZAR SB

Penyegar Udara Haruman Terapi dengan haruman Lavender, Lemon, Pandan dan Strawberry. Semburkan ke udara, fabrik, langsir, sofa atau pada tempat atau persekitaran yang berbau tidak enak.
Harga jualan RM 12.00



Berminat untuk menggunakan produk kami, wakil agen, menjadi mobil stokis mahupun stokis daerah..
Sila hubungi kami
S.B.Afeid Haji Buang 017-6473630 / 016-6476937
Intan Zarina 013-6509763

Kami mengalu-alukan kesediaan anda. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, jangan keberatan untuk hubungi kami.
Anda juga boleh lihat aktiviti kami di facebook / Serai Wangi Afizar SB , facebook fan page / All About Serai Wangi, facebook fan page / Serai Wangi Afizar SB Enterprise

Tiada ulasan:

Catat Ulasan