Banner Ample Aisy Worldwide

Banner Ample Aisy Worldwide

Jumaat, 14 April 2017

Ample Aisy Worldwide

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat.
Jom..saya rajin nak update lagi.. 
Saya akan perkenalkan semula produk-produk Serai Wangi Afizar SB yang masih kekal aktif. 
Walaubagaimanapun, Ample Aisy Worldwide telah ditubuhkan untuk menjalankan pemasaran dan pengedaran bagi semua produk-produk Serai Wangi Afizar SB.
Alhamdulillah atas sokongan pelanggan setia, produk kami telah pun beroperasi untuk tahun ke 8 pada tahun 2017 ini dan yang tidak pernah kami jangka yang kami akan bertahan selama ini. 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Terimakasih juga atas sokongan anda membuatkan kami bertahan hingga saat ini.

PRODUK SERAI WANGI AFIZAR SB



Spray 500ml

Bancuhan sediaguna dan boleh terus disembur dan dilap di atas permukaan meja, lantai, dapur dan perabot.
Ia juga boleh disembur ke ruangan yang berbau tidak enak, dikawasan yang banyak nyamuk dan lalat.


Gegat Terapi

Produk ini berfungsi seperti ubat gegat. Buka dan letakkan cube ke tempat yang bermasalah.
Di dalam laci dan almari yang bertutup, ianya bertahan antara 6 hingga 9 bulan.
Bau serai wangi akan menyahkehadiran lipas, tikus, cicak ke ruangan almari anda. Tidak beracun dan tidak mengandungi kapur barus yang menyerap ke udara.
Untuk di kawasan terbuka, ianya bertahan antara 3-6 bulan bergantung kepada suhu.
Buka dan letakkan cube ke tempat persembunyian dan laluan tikus. Produk ini tidak membunuh tikus kerana ianya bukan racun, cuma aroma serai wangi tersebut membuatkan tikus untuk tidak betah untuk berdiam lagi di situ.


Pati 2A

Cecair pekatan pati serai wangi adalah pekatan untuk bancuhan spray. Dengan isian 100 ml membolehkan ianya dibancuh sebanyak 5 kali bancuhan spray dan 1 cup cap botol 20 ml untuk dibancuh bersama 500ml air paip. Ianya juga boleh dibancuh 10 ml ke dalam 1/2 baldi air untuk cucian lantai dan 10ml ke dalam mesin Air Repellent untuk membersihkan udara ruangan bilik anda.

RANGKAIAN MINYAK HERBA SERAI WANGI


1. Minyak dan Balsam Herba

Minyak gosok panas berangin. Sesuai untuk sakit otot, lenguh2, sakit belikat, sakit belakang, sakit pinggang, kaki, lutut, tumit dll. Tidak sesuai untuk kanak2 dan ibu mengandung.

2. Minyak Herba Kayu Putih

Sesuai untuk semua golongan dari bayi hingga warga tua.
Sesuai untuk sakit perut, kembung perut, sakit kepala, sesak nafas, mual dan muntah, pening dll

3. Minyak Herba Asli

Sesuai untuk urutan badan kerana diperbuat dari minyak kelapa asli. 
Boleh digunakan untuk urutan kepada pesakit stroke/angin ahmar


4.Minyak dan Balsam Gamat Asli

Minyak kelapa asli dimasak dengan rempah ratus terpilih seperti lengkuas bukit, halia bara, jadam, jamuju dll bersama ibu gamat emas dan serai wangi.
Boleh digunakan untuk urutan, salah urat, kembung perut, melecur, luka dan kudis, masalah kulit, kegatalan, kulit merekah dll

Minyak dan Balsam Kulit Kayu Manis

Bahan utama dari minyak zaitun dan minyak kelapa dara diadun dengan ekstrak kulit kayu manis, cengkih dan serai wangi.
Sesuai disapu diseluruh muka, kulit kepala, liang telinga dan hidung akibat kegatalan resdung. Tidak merengsa kulit dan mempercepatkan pengecutan jerawat dan bisul pada muka dan leher. Malah boleh dititik pada kapas dan digigit apabila mengalami sakit gigi dan gusi dan segera mendapatkan rawatan doktor.

Bedak Sejuk

Mengandungi serai wangi, aloe vera, tea tree dan peppermint. 
Sejuk dan nyaman bila digunakan ke seluruh wajah dan leher.
Menyimbangkan minyak pada wajah dan mengecilkan pori muka di wajah anda.
Sesuai untuk semua jenis wajah samada berminyak, berjerawat, resdung, muka kering dan berjeragat.

Bedak Talkum

Bedak serbuk sesuai untuk yang menghadapi masalah kegatalan, ruam dan bau badan. 
Sejuk dan nyaman.

Semburan Badan / Body Spray

Cecair semburan badan disembur kepada kulit untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga.
Ianya menjaga kesihatan kulit dengan khasiat tea tree, aloe vera, serai wangi dan minyak zaitun.
Boleh disembur pada baby, pakaian, selimut, bantal dan tilam baby agar tak diganggu semut dan nyamuk.

RANGKAIAN SABUN KECANTIKAN


Sabun Kecantikan Wajah JELITA

Sesuai untuk kulit normal hingga kulit berminyak dan berjerawat. Istimewa sabun ini, ianya tidak mengeringkan kulit, mengecilkan pori dan mempercepatkan pengecutan jerawat. Memgandungi aloe vera, minyak zaitun, peppermint dan serai wangi dengan haruman yang menyegarkan.

Sabun Kecantikan Wajah PESONA

Sesuai untuk kulit normal hingga kering dan berjeragat. Mengandungi daun pegaga, beras bajong sarawak yang dikisar, aloe vera, peppermint dan serai wangi bagi memudarkan jeragat tanpa menghakis dan menyebabkan kulit kering atau mengelupas. Tidak mengandungi hyroquinon dan barang kimia terlarang.

Sabun Kecantikan Tubuh Badan ANGGUN

Sabun mandian tubuh sesuai untuk kulit kering dan berselulit. Mengandungi rumpai laut, kopi dan susu kambing bagi memberi keanjalan kulit, menguatkan jaringan sel kulit, kafein pada kopi akan memberi kecergasan kepada sel kulit, mencegah kelesuan dan memelihara kesihatan kulit. Sesuai untuk kegatalan, ruam, menghalusan kulit dan menanggalkan lapisan kulit mati.

Sabun Penjagaan Kulit Tubuh RATU

Mengandungi 19 jenis rempah Boreh, garam bukit, serai wangi, cengkih dan kulit kayu manis iaitu mandian herba untuk melawaskan angin dalam badan, menyahbau badan dan kehamisan bau selepas haid dan lepas bersalin, menanggalkan lapisan kulit mati, meredakan kegatalan dan ruam dan memberi tenaga dan aura kepada badan.
Sesuai untuk wanita lepas bersalin, orang yang dalam proses pemulihan jiwa, kemurungan dan proses penyembuhan dari sakit.

Krim Moistplus

Krim rambut intensif kepada yang mempunyai masalah kulit kepala yang terlampau.
Mengandungi formula hebat gabungan minyak2 herba alami iaitu minyak kelapa asli, minyak zaiton, minyak jarak, minyak kelapa dara, minyak bijan, serai wangi dan peppermint.

Khasiat minyak kelapa asli.
Emolien terbaik untuk rambut, mudah meresap ke helaian rambut utk menambah kelembutan pada folikel rambut. Maka rambut tidak kering dan putus. Mencegah hilangnya protein rambut.

Khasiat minyak zaiton.
Mengawal kekeringan, mengawal rambut kembang dan bercabang.

Khasiat minyak jarak.
Menggalakkan pertumbuhan rambut 3-5 kali ganda, merangsang kulit kepala untuk pertumbuhan rambut, merawat infeksi kegatalan kulit kepala, membekalkan vitamin E, mineral, protein, omega 6 dan 9 yang tinggi.

Khasiat minyak kelapa dara.
Menyejukkan rambut dan kepala, membekalkan vitamin dan protein kepada rambut, memberi perlindungan UV kepada rambut.

Khasiat minyak bijan.
Melebatkan helaian rambut, menyuburkan dan menguatkan struktur rambut.

Khasiat serai wangi dan peppermint.
Anti bakteria, anti kutu, anti kelemumur, anti fungus dan menjaga kesihatan kulit kepala.

Krim Rambut Moistplus juga boleh digunakan sebagai pelembap bibir, merawat kulit kering dan merekah, melebatkan bulu mata dan kening, merawat jerawat dan memudarkan tanda jerawat dan jeragat.

Sapukan krim ke permukaan kulit kepala dan urut untuk beberapa minit. Seawal penggunaan, sehari sekali sebelum tidur atau sekurang2nya 3 kali seminggu

Krim Rambut

Diformulasi dengan khasiat minyak zaitun, minyak jarak, minyak kelapa dara, 
minyak bijan, serai wangi dan peppermint. 
Mencegah rambut gugur, membekalkan kelembapan, menggalakkan pertumbuhan rambut, merawat kelemumur, mencegah kutu, mencegah rambut putus, bercabang dan kering.
Mengandungi vitamin E, mineral, protein, omega 6 dan 9 yang tinggi.
Sapukan pada rambut dari pangkal hingga ke hujung rambut setiap hari 2 kali sehari.


Lulur Kopi

Pastinya produk yang kami hasilkan tidak akan sama dengan produk2 komersial dan berindustri tinggi.. anda akan menikmati produk yang segar, organik, selamat, mesra alam (tanpa bahan kimia tinggi) dengan harga mampu milik.. 
Dengan kebaikan dan khasiat beras Bajong Sarawak, biji kopi yang terpilih, minyak zaiton, minyak kelapa dara, minyak jarak, peppermint dan serai wa
ngi pasti ianya mampu memulih, merawat, merangsang kulit muka dan badan agar sihat dan awet muda..
Sesuai untuk masalah kulit kering, kusam, noda hitam yang kritikal, selalu stress, letih dan penat, penuaan kulit yang ketara, sudah tentu Lulur Kopi paling sesuai untuk anda.

Krim Langsing Herba Halia

Dijamin bersih, suci dan buatan bumiputera muslim. Gunakan tanpa was-was. 
Dijamin keberkesanannya melawaskan angin dalam badan, mempercepatkan pembakaran lemak dibawah lapisan kulit, sapukan diperut untuk memudahkan pembuangan air besar, melegakan kelenguhan, sakit otot dan sendi, melegakan keletihan, memudahkan proses urutan, memulihkan masalah kegatalan kulit, melembapkan kulit dan memulihara kesihatan kulit.
Untuk masalah kebengkakan akibat salah urat, terpelecok atau sebagainya, sapukan ditempat yang bermasalah dan balut dengan bandage untuk mengelakkan masuk angin.


Krim Urutan Serai Wangi

Dijamin bersih, suci dan buatan bumiputera muslim. Gunakan tanpa was-was.. 
Dijamin keberkesanannya melawaskan angin dalam badan, melegakan kelenguhan, sakit otot dan sendi, melegakan keletihan, memudahkan proses urutan, memulihkan masalah kegatalan kulit, melembapkan kulit dan memulihara kesihatan kulit.


1 ulasan:

  1. Assalam.. Nak tnya ample aisy dh x beroperasi ke. Saya call whatsapp tiada sebarang respon.

    BalasPadam